Bangi, 31 Mei 2023 - Program Pembangunan Insan,Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Glosari i-Sign Jenayat bagi Komuniti OKU Pendengaran yang berlangsung selama dua hari. Objektif bengkel ini adalah untuk menjelaskan glosari agar bertepatan dengan maksudnya dengan terjemahan atau atau tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka dan dimurnikan mengikut kefahaman komuniti OKU Pendengaran.
Bengkel ini berlangsung pada 30 dan 31 Mei 2023. Sebanyak 152 istilah jenayat telah dibincangkan huraian istilahnya berdasarkan kitab-kitab Akidah yang muktabar. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyelaras glosari Bahasa Isyarat Islam (Jenayat) OKU Pendengaran bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham sebelum boleh digunapakai oleh masyarakat umum dan komuniti OKU Pendengaran khususnya.
Bengkel ini dikendalikan oleh ILIM selaku urus setia bersama seorang Panel Pakar Syariah, JAKIM iaitu Prof. Datin Dr. Nor Naemah binti Abdul (UM), tiga orang Panel Pakar Bidang iaitu Dr. Mohd Safwan bin Harun, Dr. Syed Jeffri bin Syed Jaafar dan Dr. Shahidra binti Abdul Khalil(UM), Seorang wakil panel pakar penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selaku pembina Bahasa Isyarat Islam ini secara bersama dengan Komuniti OKU Pendengaran Negeri Sembilan (NESDA), wakil dari Bahagian JAKIM iaitu, Bahagian Dasar, Dakwah, Pendidikan, Penyelidikan, KSK, BPI KPM, BPKhas KPM, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bengkel ini dilaksanakan bagi memurnikan Glosari Bahasa Isyarat Islam (Jenayat) OKU Pendengaran sebelum dinilai dan diluluskan oleh Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM. Harapan semua agar Glosari Bahasa Isyarat Islam (Jenayat) ini dapat meleraikan ketidakfahaman dan kekeliruan OKU Pendengaran terhadap istilah-istilah dalam konteks jenayat dan dapat meneguhkan lagi keimanan serta amalan golongan terbabit.