Shah Alam, 31 Mei 2023 – Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Bangi telah mengadakan Lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sempena Program Cuti Sekolah bersama anak-anak warga kerja ILIM Kampus Bangi.
Seramai 32 orang kanak-kanak dan 8 orang pengiring telah bersama-sama menjayakan Program Cuti Sekolah ini. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi anak-anak warga ILIM ke arah kecintaan kepada Perpustakaan dan menerapkan budaya galakan membaca. Ia juga bagi memberi pendedahan secara tambahan mengenai fungsi dan kepentingan Perpustakaan kepada masyarakat.
Lawatan ini menelusuri Galeri Koleksi Selangor yang memaparkan koleksi-koleksi peribadi Kesultanan Selangor seperti Manuskrip, Bahan Nadir dan koleksi gambar peribadi kerabat Diraja Selangor. Kunjungan ke Makerspace Studio bagi pelajar yang ingin belajar mengenai cara penghasilan Dron dan Robotik. Anak-anak berpeluang melihat bagaimana Robotik dihasilkan.
Semoga program seperti ini akan membantu membina kembali sahsiah dan pembentukan akhlak anak-anak sebagai pemangkin masa hadapan yang lebih mencabar dengan memahami kepentingan budaya membaca agar menjadi contoh dan ikutan dimasa akan datang.