WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Kuala Lumpur, 30 Mei 2023 – Seramai 19 orang warga kerja Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Bangi bersama anak-anak telah membuat Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.

Lawatan ini bertujuan bagi melakukan pemilihan judul-judul buku bagi pembelian bahan Perpustakaan ILIM Kampus Bangi akan datang. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Faizah binti Abdullah selaku Pembantu Pustakawan Kanan, Kampus Bangi.

Pemilihan judul buku bagi koleksi Perpustakaan ILIM Kampus Bangi juga telah dilakukan bersama warga kerja dari Cawangan Pembangunan Kompetensi, Cawangan Pembangunan Profesionalisme dan Cawangan Khidmat Pengurusan.