WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 25 Mei - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah melaksanakan Kursus Asas Kompetensi Juru Audit Halal Siri II bermula pada 22 - 25 Mei 2023. Kursus ini telah disertai oleh seramai  35 orang  peserta yang terdiri daripada Pegawai  di Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan turut disertai oleh tenaga pengajar daripada Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Objektif utama kursus ini adlah untuk memberi pengetahuan peserta tentang pengauditan halal. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran dan keyakinan pegawai selaku juru audit dalam menguruskan dan mengendalikan urusan berkaitan pengaudit halal.

Kursus yang berlangsung selama empat (4) hari ini telah dikendalikan oleh Encik Muhamad Hannan Syafiq Jamaludin, Encik Mohamad Samir Sulaiman dari Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM), Puan Nur Aniqah Muhamad Amin, Puan Rafidah Mohd Sanuri dan Puan Siti Ayisah Surif dari Bahagian Pengurusan Halal (BPH). Perkara-perkara penting yang telah diberi penekanan ialah berkaitan Malaysia Halal Management System (MHMS) dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi sebagai seorang juru audit. Semoga kursus yang dijalankan berupaya meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pegawai dalam pengurusan halal di Malaysia.