Besut, 15 Mei - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Solat Kritikal secara bersemuka.
Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 16 Mei 2023. Objektif kursus ini ialah untuk memahami konsep dan cara solat dalam situasi sakit, memahami dan mengaplikasikan cara solat dan mengambil wuduk semasa sakit dan melaksanakan kaedah menangani peserta dalam mengendalikan ibadah untuk pesakit.
Seramai 25 orang peserta telah dipilih menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). Keutamaan diberikan kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam mengurus pesakit yang uzur yang tidak mampu bergerak.
Penceramah yang dijemput dalam kursus ini ialah Ustaz Haji Mohd Shukri bin Haji Ali. Beliau merupakan seorang penceramah yang sangat berkaliber dan penulis Buku Rukshah Solat Kritikal Satu Jalan Keluar.
Peserta memberi komitmen yang sangat baik terhadap penyampaian ceramah dan semasa sesi praktikal dijalankan. Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam melahirkan pegawai - pegawai perkhidmatan awam yang kompeten dalam memahami dan melaksanakan solat dan wuduk semasa sakit dan uzur.