WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi - 19 Mei 2023, Bidang Penguatkuasaan, Pendakwaan dan Kehakiman Syariah berperanan dalam mendaulatkan perundangan syariah di Malaysia. Rentetan itu, Institut latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menyusun kursus-kursus untuk ditawarkan kepada pegawai perkhidmatan awam khususnya Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam serta Pegawai Syariah di bawah agensi agama.  

Bagi meningkatkan lagi kompetensi pegawai-pegawai tersebut dalam mendepani pelbagai isu yang mencabar, ILIM telah menganjurkan Kursus Pemahaman Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 17 Mei -19 Mei 2023.

Antara objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam mentafsir, mentadbir dan melaksanakan peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Penerangan serta perkongsian maklumat yang telah diberikan oleh Tuan Shafezan bin Rusli, Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang selaku penceramah kursus ini sangat membantu peserta-peserta kursus untuk mengaplikasikan dalam tugasan mereka yang terlibat secara langsung dalam memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia.

Harapan ILIM agar kesemua 31 orang peserta yang hadir kursus pada kali ini mendapat sesuatu ilmu yang baru sebagai motivasi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada agama Islam dan masyarakat. Peserta kursus terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan Pegawai Syariah di seluruh Malaysia.

Semoga kursus ini menjadi platform untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, melatih kemahiran serta membina karekter pegawai perkhidmatan awam yang efisien dan proaktif.