Putrajaya / 19 April 2023 - Alhamdulillah, selesai kunjungan hormat ke atas Encik Jamalulail bin Abu Bakar, Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bagi memperkasakan lagi kualiti kursus/latihan yang dilaksanakan khususnya di ILIM di samping mendapatkan input serta pandangan ke arah penambahbaikan program pembangunan modal insan sektor awam di Malaysia.
Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal mengetuai sesi kunjungan hormat ini.