WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi , 4 April 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Diskusi Ramadan Siri 2 : Zakat – Ramadhan Anugerah Terindah, Puasa dan Zakat Wajib Tunaikan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan JAKIM,JAIN,MAIN, agensi di bawah YB Menteri dan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan kementerian. 

Seramai 468 peserta telah hadir dalam talian yang mengikuti diskusi ini yang antara lain objektif diskusi ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan tentang Zakat dengan tajuk “Ramadhan Anugerah Terindah, Puasa dan Zakat Wajib” terutamanya memperingatkan diri kepada penyucian harta.

Peserta telah mendapat perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dari us. Fauzi Mustaffa, seorang pendakwah selebriti.

Antara pengisian dan aktiviti yang menarik hati peserta ialah kupasan tajuk zakat yang wajib melalui zakat fitrah, zakat pendapatan, harta simpanan, fidyah. Keberkatan harta dengan zakat walaupun sedikit dapat membantu 8 golongan yang faqir, miskin, muallaf, riqab, amil dan lain-lain. Dalam harta kita ada hak orang lain jua. Harta akan memberi keberkatan dan mampu menyelesaikan masalah kemanusiaan. Program ini juga telah mendapat kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP).