WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Besut, 22 Mac - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Program Ambang Ramadan 2023: Andai Ini Ramadan Terakhir.  Muhadharah ini telah berlangsung pada 22 Mac 2023. Objektif program ini ialah untuk memahami setiap mukmin perlu melakukan muhasabah diri agar 9dapat membentuk individu muslim perlu sentiasa berusaha membersihkan jiwa dari segala penyakit hati yang ada melalui proses menuntut ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Seramai 184 orang peserta telah menghadiri program ini yang berlangsung selama dua jam. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Zon Timur iaitu penjawat awam sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Penceramah yang dijemput dalam program ini ialah Ustaz Roslan bin Mat Hassan, Pensyarah Kolej Vokasional Besut, merupakan seorang penceramah yang sangat berkaliber dan pakar dalam bidang berkaitan. Program diakhiri dengan sesi soal jawab oleh peserta.

Semoga dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar dalam memahami konsep penyucian jiwa dan hikmah yang terkandung dalam ibadat puasa.