WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Diskusi Ramadan Siri 1: Infaq, Sedekah, Hibah Dan Wakaf  kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM,JAIN,MAIN, agensi di bawah YB Menteri dan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan kementerian pada 28 Mac 2023.

Seramai 166 Peserta telah hadir dalam talian yang mengikuti diskusi  ini yang antara lain objektif diskusi ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan tentang Infaq melalui sedekah, hibah dan waqaf terutamanya memperbanyakkan amal pada bulan Ramadhan.

Peserta telah mendapat perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dari En. Abdul Razak Abdul Talib, Penolong Pengurus, Pusat Pungutan Zakat, Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Antara pengisian dan aktiviti yang menarik hati peserta ialah kupasan  tajuk infaq, sedekah, hibah dan waqaf dari sudut pengertian secara umum.  Setiap satu mempunyai maksud berbeza namun dengan maksud berbelanja dengan mengeluarkan harta.

Sedekah secara umum difahami termasuk sedekah kategori sunat namun sedekah yang wajib iaitu zakat yang wajib ditunaikan. Begitu juga dengan hibah pemberian semasa hidup dan wakaf yang boleh dilaksanakan untuk tujuan ke jalan Allah.