WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

LIMBANG, 20 Mac 2023 – Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berjaya melaksanakan TOT Road To Barzakh pada 18 Mac 2023 bertempat di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang. Program yang disertai seramai 50 orang peserta dari kalangan Guru KAFA ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman berkaitan tuntutan fardhu kifayah di kalangan peserta.

Antara pengisian yang dikongsikan pada kursus kali ini ialah berkaitan “Hakikat Kehidupan dan Kematian”, “Adab Menziarahi Orang Sakit”, “Teori serta Praktikal Pengurusan Jenazah”. Bagi membahaskan secara terperinci berkaitan tajuk yang diberikan, ILIM Kampus Lawas telah mengundang dua orang penceramah iaitu Ustaz Mohd Wardi bin Azman daripada Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang dan Ustaz Merjoki bin Chong Pat yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Lawas.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd. Fadilah bin Junaidi, Penolong Pengarah, ILIM Kampus Lawas, JAKIM. Melalui ucapannya, beliau meletakkan harapan agar perkongsian ilmu pada kursus kali ini dapat memberi manfaat kepada peserta khususnya berkaitan tuntutan mempelajari ilmu fardhu kifayah di kalangan masyarakat muslim Daerah Limbang.