WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 17 Mac 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Rujukan Muktabar Glosari i-Sign bagi Komuniti Golongan Kurang Upaya Pendengaran (OKU) yang melibatkan seramai empat orang panel pakar bidang muamalat dan munakahat dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini antara lain bertujuan untuk untuk menyelaraskan rujukan muktabar bagi glosari i-Sign yang telah dibina. Rujukan muktabar ini amat penting diselaraskan bagi mendapat kelulusan Panel Pakar Syariah, JAKIM. Bengkel ini melibatkan seramai empat orang Pensyarah Bidang yang berpengalaman luas dalam bidang muamalat dan munakahat iaitu Dr. Muhammad Ikhlas Rosele (Munakahat), Dr. Muhammad Safwan Harun (Munakahat), Dr. Mohd Shahid Mohd Noh (Muamalat), serta Dr. Nor Fahimah Mohd. Razif (Muamalat).

Antara aspek yang diberi penekanan dalam bengkel ini adalah berkaitan rujukan muktabar setiap patah glosari i-Sign yang telah dibina. Selain itu panel pakar bidang ini juga memperkemaskan penerangan yang tidak bertepatan dengan maksud sebenar di dalam kitab yang dirujuk.

Semoga dengan terlaksananya bengkel ini, diharap dapat mempercepatkan proses pembentangan di Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM pada bilangan mesyuarat yang akan datang.