WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi,16 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Latihan Kompetensi Teras dan Fungsian Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) JAKIM pada 16 Mac 2023 bersamaan 23 Syaaban 1444 yang berkhidmat di pelbagai kementerian/jabatan/agensi. Bengkel yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan perkembangan, pengetahuan, kemahiran, keupayaan kelakuan atau tingkahlaku yang diperlukan oleh seseorang warga kerja dalam melaksanakan tugas harian selari dengan fungsi dan tanggungjawab yang ditetapkan. Bengkel ini turut membincangkan keperluan latihan untuk pegawai kader secara khusus kerana bidang tugas dan fungsi masing-masing berbeza mengikut penempatan/agensi.

Bengkel yang dihadiri oleh seramai 45 orang Kader JAKIM ini telah dikendalikan oleh tiga (3) orang Perunding Latihan ILIM iaitu Puan Zaizurina Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Latihan ILIM dengan tajuk “Mengenali Pelan Latihan @ Training Roadmap JAKIM 2020-2025 (TRM JAKIM)”, Encik Zulkifli Tukiman, dan Encik Azubir  Razali, Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan ILIM dengan tajuk “Way Forward Pembangunan Latihan Kader JAKIM”.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Memetik ucapan beliau menyatakan bahawa Kader JAKIM merupakan barisan hadapan atau front liners JAKIM yang menyampaikan perkhidmatan hal ehwal Islam secara langsung kepada masyarakat di negara ini. Oleh itu, semua pegawai perlu mempersiapkan diri dengan program-program latihan yang sistematik dan komprehensif untuk memastikan warga JAKIM dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Selain itu, pembangunan latihan ini penting bagi meningkatkan pembangunan sumber manusia, memperkasakan kompetensi dan daya saing pegawai ke arah penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan.

Semoga dengan penganjuran program seperti ini, usaha JAKIM untuk melaksanakan misi, visi serta objektif yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya ke arah kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam seterusnya mampu memberi sumbangan besar dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan awam di negara ini.