WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 9 Mac 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Harta Pusaka kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM,JAIN,MAIN, agensi di bawah YB Menteri dan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan kementerian.  Kursus ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 7-9 Mac 2023.

Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut dan mendapat perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dari En. Zahari Mahad Musa, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Noor Lizza Mohamed Said, Pensyarah Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan En. Roshasanul Abd. Wahid, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Selangor Timur.

Antara pengisian dan aktiviti yang menarik hati peserta ialah hafalan kaedah-kaedah kiraan faraid, beserta latihan-latihan yang wajib, bagi mengenalpasti asabah, ashab furud dan zawi arham dalam pusaka. Peserta juga didedahkan dengan undang-undang pentadbiran Pusaka di Malaysia dan prosedur di unit kecil, pembahagian pusaka Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Semoga peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dalam perkhidmatan dan komuniti setempat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal.