LAWAS, 6 Mac 2023 –Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, melalui Unit Pengurusan Islam telah mengadakan TOT Pengkaedahan Jawi Dan Khat Siri 1 pada 4 hingga 5 Mac 2023. Program yang disertai seramai 45 orang peserta dari Daerah Lawas ini adalah bertujuan untuk memantapkan penguasaan kaedah penulisan jawi dan khat di kalangan peserta.
Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah jemputan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Lawas iaitu Ustaz Luqman Al-Hakim Samsol bagi pengisian slot jawi dan Ustaz Azri Fadli Jiki @ Zaki dari Daerah Limbang telah mengisi slot khat. Antara perkongsian ilmu sepanjang 2 kursus ini dilaksanakan ialah Panduan & Kaedah Penulisan Jawi, Analisis Hukum & Kaedah Jawi, Khat Riqa’ah, Khat Nasakh dan Khat Thuluth.
Melalui maklumbalas para peserta, kebanyakan mereka teruja untuk menghadiri kursus pada kali ini terutama penglibatan slot berkaitan kaligrafi seni tulisan khat.