Bangi, 2 Mac - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Asas Kompetensi Juru Audit Halal Siri I pada 27 Februari hingga 2 Mac 2023 di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun , Aras Bawah , Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh 19 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM/JAIN/MAIN dan Pegawai Teknologi Makanan.
Objektif kursus ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakInan pegawai dalam menguruskan dan mengendalikan urusan berkaitan juru audit halal. Kursus yang berlangsung selama empat (4) hari ini dikendalikan oleh Dr. Lokman Ab. Rahman, Encik Muhamad Hannan Syafiq Jamaludin, Encik Mohamad Samir Sulaiman dan Puan Nur Aniqah Muhamad Amin. Perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan MHMS (Malaysia Halal Management System) dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi sebagai juru audit. Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengurusan halal.