WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Besut, 14 Februari 2023- Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Smart Solat (Solat Berkualiti).  Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 Februari 2023. Objektif kursus ini ialah untuk memahami konsep dan cara solat yang betul, khusyuk dan sempurna, memahami solat jemaah yang sempurna serta memahami hukum-hukum dan mengaplikasi cara bacaan Surah Al-Fatihah yang betul dalam solat.

Seramai 35 orang peserta telah dipilih menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). Kebanyakan peserta memberi respon yang sangat positif semasa pembelajaran dan memberi komitmen penuh semasa latihan amali dilakukan.

Antara penceramah yang mahir dan berpengalaman telah diundang bagi menyampaikan ceramah dalam kursus ini iaitu, Ustaz Dr. Zamri bin Rajab (Kenali Solatmu dan Solat Khusyuk), dan Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim (Tahsin Surah Al-Fatihah/Solat Berjemaah Sempurna/Fiqh Solat-Cara Solat yang Betul).

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar dalam meningkatkan pengetahuan tentang keperluan dan manfaat daripada melaksanakan solat secara sempurna sama ada dari segi fizikal, mental dan spiritual.