WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi,17 Februari 2023 - Majlis Perasmian Kursus al-Qawiyy al-Amin telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina bt Zainal, Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di ILIM, Kampus Utama Bangi, Selangor. Turut hadir sama YBrs. Pn Zaizurina bt Mansor Timbalan Pengarah CPP ILIM dan YBrs. Pn Adawiah bt Lias Timbalan Pengarah CPK ILIM, pegawai-pegawai Kanan ILIM dan juga barisan fasilitator ILIM.
 
Pelaksanaan kursus selama 5 hari melibatkan penyertaan seramai 77 orang Pegawai Hal Ehwal Islam gred S41 Lantikan Baharu JAKIM ini berasaskan kepada modul, yang disusun bertujuan untuk melahirkan pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang baik.
Modul Hijrah Taqwa di bawah pengendalian bersama fasilitator/ jurulatih dari Pasukan Latihan Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES) UKM selama 2 hari turut memberi penekanan terhadap ketahanan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritual peserta seperti merempuh halangan dan aktiviti survival dalam slot ikhtiar hidup.
 
Dalam ucapan perasmian YBrs. Pengarah Kanan ILIM, beliau memberi harapan yang cukup tinggi agar lantikan baru yang mengikuti kursus ini menjadi aset berharga dan dikagumi yang bakal menerajui masa depan JAKIM sebagai sebuah organisasi Islam. Semoga amanat-amanat yang disampaikan oleh YBrs. Pengarah Kanan ILIM ini difahami, dihayati dan akhirnya mampu diterjemahkan dalam karier mereka dalam skim perkhidmatan hal ehwal Islam.