WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 16 Februari 2023 –  YBrs. Tuan Ahmad Husaini Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini membuat kunjungan hormat ke atas Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Kunjung hormat ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara ILIM dan BPPPS terutama dalam penganjuran kursus khususnya bidang kehakiman dan perundangan syariah. Antara cadangan yang diutarakan adalah ruang kerjasama antara BPPPS dengan ILIM bagi membangunkan modul Kursus Forensik bagi keperluan pegawai-pegawai syariah. Selain itu, pertemuan tersebut turut berkisar tentang peluang kerjasama antara kedua-dua pihak bagi membolehkan pegawai syariah untuk menghadiri kursus-kursus lanjutan khususnya dalam bidang kehakiman dan perundangan syariah. Diharapkan agar sesi perbincangan kali ini dapat direalisasikan bagi memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Turut hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut adalah Puan Nafizah Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penyelarasan Penguatkuasaan, BPPPS, Puan Zaizurina Mansor, Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Profesionalisme, ILIM, Puan Khairani Husin, Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Nazri Abdul Majid, Ketua Penolong Pengarah dan Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi, Pendaftar ILIM.