Bangi, 27 Januari - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Kursus Survival Dakwah Pedalaman bermula 25 hingga 27 Januari 2023 bertempat di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.
Kursus tersebut dihadiri seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) dari seluruh Pahang.
Kursus ini diadakan bertujuan memberi kefahaman kepada para peserta mengenai asas dakwah, mengukuhkan peserta dengan ilmu berkaitan Islam dan meningkatkan kemahiran dakwah yang efektif dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat orang asli. Semoga kursus ini dapat meningkatkan kompetensi peserta dalam melaksanakan tugas dakwah di lapangan.