WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi│13 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Coaching and Mentoring bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A. Kursus ini dihadiri oleh seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI), JAKIM Gred 19-48.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta-peserta bagi mempelajari teknik dan model dalam coaching yang berkesan bagi meningkatkan potensi diri serta mendalami teknik dan alat dalam mentoring sebagai salah satu usaha untuk menjadi mentor yang kompeten. Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan dengan objektif coaching, memahami sokongan dan pembangunan klien, kompetensi coaching, teknik coaching, simulasi serta alat dan teknik mentoring.

Kursus yang dikendalikan oleh ILIM ini telah mendapat kerjasama daripada penceramah yang berpengalaman dari Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat serta impak yang besar seterusnya berjaya mencapai matlamat yang disasarkan iaitu melahirkan barisan penjawat awam yang mantap dan berkebolehan khususnya Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM.