WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi│12 Oktober 2022, Kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan (Digital dan Pemasaran) telah berlangsung Secara Dalam Talian (Google Meet) yang telah disampaikan oleh Dr. Zamzuri Zakaria, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan Puan Salwa Mohd Saleh, CEO Founder, Salam Pro Solutions. Seramai 25 peserta dari pelbagai agensi antaranya JAKIM, Jabatan Agama Negeri (JAIN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Ibu Pejabat Polis, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hospital, dan Sekolah.

Sesi selama dua (2) hari ini merangkumi perkongsian ilmu asas perniagaan, keusahawanan Islam, perkongsian aplikasi canva, face book, yang merangkumi target sasaran dan strategi secara asas di talian. Kursus ini sangat menitikberatkan peranan ilmu yang diajar oleh Islam dan amanah membahagikan masa untuk mencari rezeki.

Semoga objektif diskusi tercapai dalam memberikan Kefahaman Asas Perniagaan dan Keusahawanan dan bentuk perniagaan online yang berlaku pada masa kini.