WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu│5 Oktober – Unit Kefahaman Dan Kemahiran, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan Kursus Tahsin Al-Quran Siri 2 Secara Dalam Talian di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, JAKIM. Seramai 139 orang peserta terdiri dari guru-guru KAFA, imam-imam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan masyarakat awam dari seluruh Negeri Sabah.

Kursus yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan al-Quran para peserta agar menepati bacaan menurut riwayat hafs ‘an ‘asim, meningkatkan kualiti hafazan ayat-ayat al-Quran para peserta, serta melahirkan peserta yang berketrampilan dan berilmu dengan kualiti bacaan al-Quran yang terbaik.

Program ini disampaikan oleh penceramah Guru Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Guru Kelas Kemahiran Al-Quran SMK Sandakan iaitu Ustazah Wardatul Azmah binti Hj. Apin, yang menyampaikan tajuk Hukum Nun Mati Bertemu Tanwin Dan Mim Mati. Manakala Ustaz Jinirol bin Binsali, selaku Jurulatih Al-Quran Kemas Malaysia, Lahad Datu menyampaikan ceramahnya iaitu Tahsin Bacaan Qiraah. Sepanjang kursus ini, penceramah berkongsi ilmu dan pengalaman secara teori dan praktikal mengenai cara bacaan al-Quran menurut riwayat hafs ‘an ‘asim.

Semoga kursus ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat dan dapat memberi pendedahan kepada peserta agar sentiasa istiqomah mempelajari dan mendalami al-Quran dari semasa ke semasa. Seterusnya dapat menyebarkan ilmu ini kepada seluruh masyarakat setempat. Majlis ilmu ini diakhri dengan dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.