WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi │04 Oktober – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Diskusi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran al-Quran kepada Pegawai Hal Ehwal Islam               di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri serta Penjawat Awam. Program ini dilaksanakan pada 04 Oktober 2022 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Kampus Utama Bangi

Diskusi yang dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Khairul Anuar bin Mohamad Al-Bakri dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).  Perasmian majlis ini disempurnakan oleh Encik Mohd Shahril bin Muhamad Azmi, Pendaftar ILIM.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu meningkatkan pemahaman ilmu kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran berasaskan kepada kaedah tertua yang diperkenalkan Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dan mendedahkan kefahaman kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran mengikut arus perdana dan akhirnya al-Quran akan menjadi penjamin kebahagian di dunia dan akhirat.