WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM, Bangi, 18 Ogos - Kursus Asas Risikan Syariah telah berlangsung selama 5 hari bermula daripada 26 September hingga 30 September 2022 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, ILIM, Bangi, Selangor.

Seramai 38 orang peserta daripada pelbagai Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia, JAKIM, JKSN telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. Sasaran kursus ialah kepada gred S19 – S44 yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada peserta mengenai aspek-aspek penting dalam bidang risikan, meningkatkan kemahiran peserta mengenai kaedah dan teknik mengendalikan risikan yang betul dan berkesan serta membentuk sikap profesionalisme dan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Kursus ini merupakan kerjasama di antara ILIM dan Maktab PDRM, Kuala Lumpur. Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Supt. Azlin binti Mohamed yang mengetuai team penceramah kursus seterusnya kepada DSP Mohamad Yusnizam bin Md Yusof, DSP Mohd Rais bin Awaluddin dan ASP Mohd Azei bin Mohd Samuri daripada Maktab PDRM Kuala Lumpur yang menjayakan kursus ini. Turut berkongsi informasi bersama perserta kursus iaitu Supt Bakari bin Bakar daripada Cawangan Khas, PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat membantu mereka dalam menjalankan tugasan dalam bidang penguatkuasaan.