WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

LAHAD DATU | 21 September - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Stesen Lahad Datu telah menjayakan Program Wacana Ilmu Siri 2 yang bertempat di Dewan Plasma, MPOB Stesen Lahad Datu Sabah.

Seramai hampir 200 orang yang hadir pada program tersebut yang kebanyakannya adalah terdiri daripada para kakitangan MPOB dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bahagian Tungku, selain dihadiri oleh masyarakat setempat sekitar mukim Silabukan, Lahad Datu.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman berkaitan konsep Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan memfokuskan kepada isu cabaran semasa Akidah ASWJ di Malaysia. Pembentang jemputan yang menyampaikan kertas kerja pada program tersebut ialah Ustaz Mohammad Imran bin Yusof, Pengasas Al-Baghdadi Learning Centre Bandar Lahad Datu.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Hj. Abdul Rahim, Pengarah Kampus Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut hadir bersama pada program Wacana Ilmu Siri 2 pada kali ini ialah Tuan Haji Momen @ Abdul Momen bin Anchai @ Anghai, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.60 Tungku,  Encik Mohd Ansri Raydien, Ketua Stesen MPOB Lahad Datu, Encik Mohamed bin Norun, Ketua  Daerah Tungku, Pemaju Mukim Silabukan, Pemaju Mukim Tungku, Pemaju Mukim Tambisan, Ketua2 Anak Negeri bahagian Tungku, dan Wakil2 Ketua Anak Negeri Bahagian Tungku.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi secara berkala dengan kerjasama strategik daripada semua pihak agar menjadi pemangkin semangat dan sinar baru ke arah Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti dan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera.