Besut, 11 Ogos – Seksyen Perhubungan dan Keurusetiaan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kuliah Fitrah Siri 6 yang bertajuk “Hijrah – Kemana Ku Bawa Diriku?”. Kuliah ini telah berlangsung pada 11 Ogos 2022. Objektif kursus ini adalah memahami erti hijrah dan menterjemahkan makna hijrah dalam kehidupan supaya ia memberi makna yang padu, tepat dan benar. Hijrah tidak boleh dipandang dari sudut material semata-mata daripada hidup sederhana kepada hidup lebih kaya, atau dari susah menjadi senang. Sebaliknya, hijrah perlu berlaku secara menyeluruh meliputi fizikal dan rohani.
Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada warga Institut ILIM Besut dan Syarikat Pembekal Perkhidmatan Institut ILIM Besut. Majlis dimulakan dengan bacaan surah yasin dibaca secara beramai-ramai. Penceramah telah diundang bagi menyampaikan ceramah dalam kuliah ini iaitu Ustaz Roslan bin Mat Hassan dari Kolej Vokasional Besut Terengganu. Peserta memberi respon yang sangat positif semasa ceramah disampaikan.
Semoga dengan terlaksananya kuliah ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar dalam meningkatkan pengetahuan apabila berjaya melakukan penghijrahan dalam kehidupan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, kehidupan yang berpandukan sunnah dan syariat akan melengkapkan kefahaman terhadap nilai hijrah sebenar menurut ajaran agama Islam. Akhirnya, akan menjadikan kita mukmin yang bertakwa dan sentiasa berjuang di jalan Allah SWT.