Lahad Datu, 30 Ogos : Unit Kefahaman dan Kemahiran telah menganjurkan Kursus Fiqh Ibadah Secara Dalam Talian bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM selama dua (2) hari bermula pada 29 hingga 30 Ogos 2022. Kursus ini telah menarik minat seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada perkhidmatan hal ehwal islam, imam-imam JHEAINS, penjawat awam, agensi swasta dan masyarakat awam di sekitar daerah Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod dan Sandakan.
Melalui kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan bidang fiqh ibadah agar lebih inteligensia dan idealisme. Di antara tajuk yang disampaikan melalui kursus ini adalah Konsep Zakat, Peranannya Dalam Pembangunan Ekonomi Islam Dan Isu-Isu Semasa yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Fikrib bin Putung, selaku Penolong Setiausaha (Dakwah) Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS). Manakala Ustaz Safruddin bin Mashuruddin, Penolong Setiausaha Kanan (Agihan) Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) menyampaikan ceramahnya berkaitan Had Kifayah Zakat Di Malaysia Serta Kedudukannya Dalam Islam, Sistem Pentadbiran Cukai Dan Zakat Di Malaysia
Semoga kursus ini dapat meluaskan horizon pemikiran kepada peserta dalam mendalami ilmu Syariah seterusnya dapat diaplikasikan didalam kehidupan seharian dan meningkatkan amalan melalui ibadah zakat. Majlis ilmu ini diakhri dengan dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.