WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 25 Ogos – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Bahasa Arab Siri 2 pada 23 hingga 25 Ogos 2022. Kursus yang dijalankan oleh Unit Kefahaman dan Kemahiran ini melibatkan 42 orang peserta yang terdiri daripada Guru-Guru KAFA di sekitar daerah Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod dan Sandakan.

Objektif utama kursus adalah untuk pendedahan mengenai kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab, meningkatkan perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab dan meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab.

Semasa sesi penyampaian ceramah, para peserta telah mendapat banyak maklumat dan  teknik daripada para penceramah berkaitan Lughat al-Fasl, Pedagogi al-Istima’ wa al-Kalam, Pedagogi al-Qira’ah, Pedagogi al-Kitabah, Al-Lu’bah al-Lughawiyyah dan Latihan Dalam Kumpulan. Para peserta telah memberikan kesungguhan sepanjang kursus dijalankan dan diberikan ruang untuk berkongsi pengetahuan Bahasa Arab ketika berada di dalam bilik kuliah.

Secara keseluruhannya peserta memanifestasikan minat dan seronok mengikuti kursus ini. Semoga peserta dapat menyampaikan ilmu yang diperolehi di sekolah dengan baik dan melakukan anjakan paradigma dengan pelbagai aktiviti berkaitan Bahasa Arab bersama murid-murid. Pada penghujung kursus para peserta diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen yang diberikan sepanjang mengikuti kursus ini.