WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 26 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan Islam (Pelaburan Menuju Persaraan) pada 23 hingga 25 Ogos 2022 bertempat di Bilik Kuliah al-Khawarizmi, ILIM Kampus Utama Bangi.  

Objektif kursus ini ialah memberi penjelasan konsep kewangan Islam dan pengurusan kewangan menuju persaraan. Seramai 15 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN dan Penjawat Awam.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dibimbing oleh seorang penceramah yang berpengetahuan luas dalam pengurusan kewangan Islam iaitu Tuan Mohd Nasir Mustaffa, Master Trainer, Nasque Training and Consultancy

Antara slot yang dibincangkan merangkumi Pengenalan Persaraan, Anti Bird Nest, memahami alam persaraan mengikut formula S.P.I.C.E.S.F iaitu akronim kepada Spiritual, Physical, Intelectual, Career, Emotional, Social & Financial.

Penceramah juga membawa peserta mengenal pasti peluang-peluang pelaburan Unit Amanah, ASB, ASN, Hartanah, Kommoditi dan lain2 bentuk pelaburan emas dan hartanah. Di akhir khusus diselitkan pengurusan kesihatan agar ia seiring dengan pengurusan kewangan semasa persaraan.

Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan pengetahuan pegawai hal ehwal Islam dan penjawat awam dalam memilih pelaburan sebelum dan selepas persaraan.