Bangi,11 Ogos - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Produk Perbankan Islam pada 9-11 Ogos 2022 bertempat di Bilik Kuliah , ILIM Kampus Utama Bangi.
Objektif kursus ini ialah memberi penjelasan dan kefahaman tentang sistem kewangan Islam. Seramai 30 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN dan Penjawat Awam.
Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dibimbing oleh seorang penceramah yang berpengetahuan luas dalam ilmu bank Islam iaitu Tuan Ismail Taib, Senior Financial Consultan-i. Antara slot yang dibincangkan merangkumi sejarah Perbankan Islam, tujuan penubuhan, produk dan servis, pembiayaan, komersial dan korporat bank, bahaya kad kredit dan larangan riba. Semua peserta juga perlu membuat perbentangan bagi menguji tentang kefahaman produk-produk perbankan Islam.
Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan pengetahuan pegawai hal ehwal Islam dan penjawat awam dalam memilih pembiayaan dan cara mengawal perbelanjaan harian terutama melibatkan produk bank seperti kad kredit.