WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Besut, 10 Ogos - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Smart Solat Siri 1.  Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula 09 hingga 10 Ogos 2022. Objektif kursus ini ialah untuk memahami konsep dan cara solat yang betul khusyuk dan sempurna. serta memahami hukum-hukum dan mengaplikasi cara bacaan alfatihah yang betul dalam solat.

Seramai 20 orang peserta telah dipilih menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan agensi di bawah menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). Kebanyakan peserta memberi respon yang sangat positif semasa pembelajaran dan memberi komitmen penuh semasa latihan amali dilakukan.

Antara penceramah yang telah di undang bagi menyampaikan ceramah dalam kursus ini iaitu, Ustaz Roslan bin Mat Hassan (Kenali Solatmu), Ustaz  Mohammad Adzli bin Mansor (Solat Khusyuk) dan Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim (Tahsin Surah Al-Fatihah/Solat Berjemaah Sempurna/Fiqh Solat-Cara Solat yang Betul). 

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar dalam meningkatkan pengetahuan tentang keperluan dan manfaat daripada melaksanakan solat secara sempurna sama ada dari segi fizikal, mental dan spiritual.