WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 29 Ogos - Sempena dengan Perasmian Konvensyen Latihan Islam Peringkat Kebangsaan pada Isnin, 29 Ogos 2022, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) turut melancarkan Aplikasi Glosari Bahasa Isyarat Islam (i-Sign) Bagi Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran. Aplikasi i-Sign merupakan aplikasi (Android dan iOS) yang menyediakan glosari Islam versi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) berasaskan istilah-istilah ajaran Islam merangkumi Akidah, Syariat dan Akhlak. Pembangunan aplikasi ini adalah hasil kerjasama JAKIM melalui ILIM, USIM melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Maktum dan NGO OKU melalui Yayasan FAQEH, NESDA dan PKOPS dengan dana khas yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM181,800.00.

Turut hadir di majlis ini ialah Datuk Hajah Hakimah Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Cancelor USIM, Tuan Saiful Anuar Abdullah Saleh, Ketua Jabatan Pengurusan Sosial dan Kebajikan,LZS dan Tuan Aminudin Mohamad, Pengarah Kanan ILIM.