LAWAS, 21 Ogos –Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, melalui Unit Pengurusan Islam sekali lagi telah berjaya mengadakan Kursus Pemantapan Bahasa Arab Guru KAFA Daerah Limbang bagi Siri yang ke-2 pada 20 hingga 21 Ogos 2022. Program yang disertai seramai 45 orang peserta dari daerah Limbang ini adalah bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab di kalangan peserta melalui latih tubi dan simulasi.
Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang penceramah jemputan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Limbang iaitu Ustazah Monaliza Binti Abdul Rahman. Antara perkongsian ilmu sepanjang dua (2) hari kursus ini dilaksanakan ialah pengenalan teori dan praktikal adhomair, ismul isyarah, fi’il madhi, harfu jar wa zharaf dan juga al-arqam wal-a’dad.
Semoga kursus yang dihadiri ini dapat membantu dan memudahkan Guru KAFA dalam sesi pengajaran dan juga pembelajaran di dalam kelas.