WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

JELEBU, 19 OGOS 2022 – Jadikan Al-Quran sebagai terapi diri, keluarga dan masyarakat. Berdasarkan ungkapan ini, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kursus Asas Terapi Syarie Siri 2 secara dalam talian pada 16 hingga 17 Ogos 2022.

Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah memberi fokus kepada aplikasi pengubatan Islam menggunakan kaedah yang bertepatan dengan syariat, di samping turut memantapkan pengetahuan asas berhubung rawatan Islam di kalangan peserta. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhd Redza bin Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam/Pegawai Integriti, Jabatan Perdana Menteri dan Ustaz Ab. Razak bin Mahadi, Mantan Pensyarah Institut Pendidikan Guru.

Kursus yang dilaksanakan melalui aplikasi google meet ini telah dihadiri oleh seramai 156 orang peserta yang tediri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan, Pensyarah IPT serta penyertaan dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi. Para peserta juga telah memberikan maklum balas yang positif terhadap penganjuran kursus ini dan berharap agar penganjuran kursus secara bersemuka dapat dilaksanakan pada masa akan datang untuk manfaat bersama.