WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi,17 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima Kunjung Hormat dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) ke Institut Latihan Islam Malaysia pada 17 Ogos 2022 (Isnin).

Lawatan ini diketuai oleh Datin Dr. Bushro binti Ali, Pengarah IPGKBA dan disertai oleh Dr. Munirah binti Hanafi @ Mohd Ghani, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik, Dr. Murniza binti Muhamad, Ketua Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Amiyamin bin Hj. Mohamad Yusop, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Dr. Noorazi bin Rani, Ketua Unit Hubungan Luar dan Antarabangsa dan Puan Siti Norishah Binti Mohamad, Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan.

Turut serta Puan Nurul Firdaus binti Rusli dan Salasia binti Isdal, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, JAKIM.

Dalam pertemuan itu selama kira-kira sejam setengah, pengurusan ILIM telah mendengar taklimat mengenai program-program anjuran IPGKBA serta kaedah pengajaran terkini iaitu open learning yang dilaksanakan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kaedah pengajaran.

Kunjungan hormat itu juga telah bersetuju untuk menjalankan kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak ke arah melahirkan pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam yang kompeten, profesional, berhikmah, efisien dan berintegriti, bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini terus cemerlang.