WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 28 Julai - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Sistem MyeHalal pada 26 dan 27 Julai 2022 di ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh 23 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Pegawai Teknologi Makanan dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan sistem MYeHALAL dalam pensijilan halal Malaysia.  Sistem MYeHalal ini dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan permohonan pensijilan Halal Malaysia.

Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini mendedahkan kemudahan pengurusan sistem MyeHalal. Proses Permohonan, Proses Audit dan Proses Pengesahan telah dibincangkan bersama-sama slot lain oleh Encik Khairul Anuar Selamat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, JAKIM, Puan Siti Ayisah Surif dan Encik Mohamed Reza Hussain dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kepakaran pegawai dalam pengurusan halal.