WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 18 Julai 2022 – Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi telah mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam bagi memenuhi Program Tahunan Perpustakaan yang telah dirancang.

Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, Dr. Abd Rahman bin Abdullah dan Ketua Unit Pusat Sumber, Puan Maryati binti Mohd Amin juga turut serta dalam sesi lawatan ini.

Tujuan lawatan penanda aras ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan dua hala antara Pusat Sumber Al-Ghazali dan Perpustakaan ILIM dalam bidang kepustakawanan. Disamping itu, lawatan penanda aras ini menjadi medium untuk saling bertukar pandangan terhadap hala tuju Perpustakaan Gunasama serta penambahbaikan kepada Perpustakaan ILIM.