WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 30 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia (Kampus Utama Bangi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah berjaya melaksanakan Kursus Kompetensi Fungsian Khusus (KFK) Kepimpinan Dakwah pada 28 hingga 30 Jun 2022 bersamaan 28 hingga 30 Zulkaedah 1443h, bertempat di bilik Ibn Khaldun, Blok Akademik A ILIM. Kursus tersebut telah disertai seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi kefahaman kepada para peserta mengenai tugas, tanggungjawab serta fungsi kepimpinan dakwah agar dapat membekalkan kemahiran dalam pengurusan strategi, penentuan sikap serta pemikiran dalam pengurusan dakwah.

Penceramah yang diundang untuk menjayakan kursus ini ialah Dr. Mohamad Zulkifli bin Abdul Ghani, Dr. Zulkefli bin Aini dan Dr. Muhamad Faisal Ashaari.  Mereka merupakan para pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan input kepada para peserta seterusnya melahirkan pendakwah yang berilmu, berketerampilan dan berkemahiran.

" INGAT LATIHAN INGAT ILIM "