Bangi, 28 Jun - Dunia fotografi sekarang semakin mudah mampu hasilkan gambar yang berkualiti. Kamera ‘Mirrorless’ adalah kamera yang sama dengan DSLR cuma dengan tiadanya cermin yang berfungsi untuk melihat terus dari viewfinder ke luar kamera maka Kamera ‘Mirrorless’ jadi lebih kecil dan ringan berbanding Kamera DSLR.
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima empat (4) set Kamera Mirrorless jenama Canon dan dua (2) set Voice Recorder jenama Sony bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti gambar-gambar program di ILIM.