WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Coaching and Mentoring               di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut, Terengganu yang melibatkan 21 orang Pensyarah Darul Quran JAKIM dari pelbagai skim.

Kursus yang diadakan selama tiga (3) hari ini antara lain bertujuan untuk mempelajari teknik dan model dalam coaching yang berkesan dalam meningkatkan potensi diri serta mendalami teknik dan alat dalam mentoring sebagai salah satu usaha untuk menjadi mentor yang dipercayai.

Kursus ini disampaikan oleh YBrs. Puan Ainol Hidayah binti Abdul Raouf, Ketua Jabatan, Jabatan Konsultasi dan Runding Cara, Institut Aminudin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dan dibantu oleh  YBrs. Encik Azhan bin Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan Pendidikan Komuniti dan Berkeperluan Khusus, Institut Aminudin Baki, Sri Layang, Genting Highland, Pahang yang berpengalaman luas dalam melaksanakan latihan kepada jabatan/agensi kerajaan dan swasta.

Antara aspek yang diberi penekanan dalam kursus ini adalah berkaitan Model dan Proses Coaching and Mentoring, Pelan Tindakan Coaching and Mentoring, Kemahiran Mendengar dengan Aktif serta Kemahiran Penyoalan Reflektif.  Kemahiran coaching dan mentoring yang baik perlu diterapkan dalam setiap peserta supaya dapat menghasilkan kaedah penyampaian yang tepat serta berkesan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan input berguna kepada para peserta khususnya dalam aspek coaching and mentoring yang lebih berkualiti.