WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 23 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah melaksanakan Kursus Kompetensi Fungsian Khusus (KFK) kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44 di bawah teras Muamalat dan Kewangan Islam iaitu Kursus Pengurusan Kewangan Islam (Pelaburan) pada 21 hingga 23 Jun 2022 bersamaan 21 hingga 23 Zulkaedah 1443 bertempat di Bilik Kuliah Ibn Khaldun, ILIM, Kampus Utama Bangi. Kursus tersebut merupakan antara kursus wajib yang terkandung dalam Training Road Map (TRM) 2020--2025 JAKIM dan telah disertai seramai 25 orang peserta.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi kefahaman asas kepentingan pengurusan kewangan Islam dan mengenal pasti bentuk pelaburan dan perlindungan. Perkongsian berkenaan disampaikan oleh Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr. Mohd Faisol bin Ibrahim, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia dan Prof. Madya Dr. Fadhilah binti Mansor, Ketua Jabatan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah membincangkan slot-slot berkenaan pengurusan kewangan Islam, pelaburan dan perlindungan. Turut diadakan juga aktiviti kuiz menerusi aplikasi Quizizz.

Semoga kursus yang bermanfaat ini berjaya mencapai matlamat dalam memberi kemahiran kepada peserta berkenaan pengurusan kewangan Islam serta melahirkan pegawai yang berilmu dan berkemahiran di bahagian masing-masing.