Bangi, 8 Jun 2022 – Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Bangi telah mengadakan Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur sempena Program Cuti Sekolah bersama anak-anak warga kerja ILIM Kampus Bangi.
Seramai 30 orang kanak-kanak dan 10 orang pengiring telah bersama-sama menjayakan Program Cuti Sekolah ini. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari dan mengenal sejarah dan kesenian tamadun Islam yang telah berkembang di benua Asia dan Eropah.
Lawatan ini menelusuri 12 galeri kesenian Islam. Antaranya, Galeri Al-Quran dan Manuskrip, Galeri Senibina, Galeri India dan China, Galeri Senjata dan Perisai dan banyak lagi. Anak-anak juga berpeluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri yang diilhamkan oleh reka bentuk dan warna barangan seramik dari Iznik di Turki.