PROGRAM TERAS (PT)
Program Teras (PT) merupakan salah satu cawangan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi. Cawangan ini ditubuhkan pada 01 Mac 2023 yang terdiri daripada 7 orang pegawai dan kakitangan. Fungsi utama cawangan ini adalah untuk meningkatkan kompetensi ilmu pengetahuan dan kompetensi pegawai hal ehwal Islam JAKIM termasuklah juga pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan penjawat awam yang lain khususnya dalam bidang al-Quran dan Al-Hadith, Akidah dan Pemikiran Islam serta Penyelidikan dan Pembangunan Islam. Peranan ini disebarluas dan dilaksanakan melalui program-program latihan seperti kursus, seminar dan bengkel.
Seksyen Al-Quran Dan Al-Hadis
Mengurus dan melaksana Kursus Kompetensi Fungsian Al-Quran dan Hadis berdasarkan standard kualiti yang ditetapkan. Antara bidang yang diberikan fokus ialah:
|
BIL |
BIDANG AL-QURAN DAN HADIS |
| 1. |
Tilawah dan Tahsin Qiraah al-Quran |
| 2. |
Tafsir al-Quran |
| 3. |
Ulum al-Quran |
| 4. |
Ulum al-Hadith |
| 5. |
Takhrij al-Hadith |
Seksyen Akidah Dan Pemikiran Islam
Mengurus dan melaksana Kursus Kompetensi Fungsian Akidah dan Pemikiran Islam berdasarkan standard kualiti yang ditetapkan. Antara bidang yang diberikan fokus ialah:
|
BIL |
BIDANG AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM |
|
1. |
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah |
|
2. |
Tasawuf - Perbandingan Agama dan Mazhab |
|
3. |
Aliran Pemikiran |
Seksyen Penyelidikan Dan Pembangunan Islam
Mengurus dan melaksana Kursus Kompetensi Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan Islam berdasarkan standard kualiti yang ditetapkan. Antara bidang yang diberikan fokus ialah:
|
BIL |
BIDANG PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN ISLAM |
|
1. |
Penyelidikan Islam |
|
2. |
Pengurusan Fatwa |
|
3. |
Falak dan Astronomi Islam |
|
4. |
Perbandingan Fiqh dan Usul Fiqh |
HUBUNGI KAMI
Porgram Teras (PT)
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: : 03-8921 8480
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.