WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 27 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan selama dua hari, pada 26 hingga 27 Ogos 2026 bertempat di Bilik Al-Khawarizmi, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi.
 
Kursus ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan pengurusan serta pengemaskinian Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) dengan betul, teratur dan selaras dengan tatacara pengurusan perkhidmatan. Antara pengisian kursus merangkumi pengenalan BRP, kaedah merekod kenyataan peribadi dan perkhidmatan serta pengenalan dan penyediaan Penyata Perubahan KEW.
 
Selain penyampaian secara teori, peserta turut diberi pendedahan melalui aktiviti praktikal melibatkan kaedah merekod kenyataan peribadi dan perkhidmatan, kenyataan cuti, lembaran kelakuan serta semakan rekod Buku Rekod Perkhidmatan. Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami kaedah pengurusan BRP secara lebih jelas dan mengaplikasikannya dalam tugasan pengurusan perkhidmatan di jabatan masing-masing.
 
Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kompetensi peserta dalam mengurus dan menyelenggara Buku Rekod Perkhidmatan dengan lebih cekap, tepat dan sistematik. Pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh juga diharapkan dapat membantu memperkemas pengurusan rekod perkhidmatan dan memastikan rekod pegawai sentiasa lengkap, kemas kini serta teratur.