WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 13 Ogos – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadis) telah mengadakan Kursus Tadabur Al-Quran: Kompas Integriti Perkhidmatan Awam. Kursus yang diadakan pada 11 hingga 13 Ogos 2026 telah dihadiri seramai 45 orang peserta terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P).
 
Kursus ini bertujuan bagi memperkukuh kompetensi tadbir urus melalui penghayatan terhadap nilai integriti berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith. Antara barisan penceramah yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam kursus ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Yusuf bin Islmail dan YBrs. YBrs. Dr. Nidzamuddin bin Zakaria dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya dan mampu melahirkan penjawat awam yang kompeten di dunia serta akhirat.
 
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/