WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 12 Ogos 2026 – ILIM Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam telah mengadakan Kursus Emcee Profesional pada 11 dan 12 Ogos 2026. Kursus selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Encik Ally Iskandar bin Mohd Mardzi, seorang personaliti TV.
 
Kursus ini bertujuan untuk membentuk dan melatih peserta menjadi pengacara majlis yang profesional dalam majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi. Seramai 78 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari penjawat awam dari JAKIM, agensi-agensi di bawah Menteri di JPM (HEA) serta jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi swasta yang lain.
 
Pihak urus setia mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah dan semua peserta yang telah menjayakan kursus ini. Pihak urus setia juga berharap kursus ini dapat memberikan manafaat serta melahirkan pengacara majlis yang profesional.