WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 12 Ogos 2026 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Unit Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Psikologi Dalam Pembentukan Sahsiah Rabbani, bermula 11 sehingga 12 Ogos 2026 bertempat di Auditorium As Syafie, ILIM Bangi.
 
Antara objektif utama kursus ini ialah memantapkan peranan psikologi bagi memperkasa kekuatan dalaman diri, mengenalpasti cabaran-cabaran dalam membina kekuatan dalaman diri, mengetahui keadah-kaedah psikologi bagi membina sahsiah yang berintegriti dan memberikan pengetahuan mengenai masalah-masalah integriti dan hubungannya dengan psikologi diri.
 
Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Muhiden Mokter dan Ustazah Isfadiah M Dusuki, Akademi Keluarga Fitrah dan Yang Berbahagia Dr Saleha Idris, Pensyarah Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Para peserta sangat gembira dengan pengisian yang telah disusun selari dengan kehendak mereka sebagai pekerja sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Diharapkan agar kursus yang disediakan ini dapat memberikan input yang bermakna buat para peserta untuk mengaplikasikannya ketika berada di tempat kerja.