WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 27 Julai 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerima kunjungan Pengarah Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), YBrs. Tuan Nor Azamir bin Alias dalam sesi pertemuan bersama Pengurusan ILIM yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
 
Sesi diteruskan dengan perbincangan secara hibrid berkaitan cadangan pewujudan Pusat Kepimpinan dan Pemikiran Islam IKMAS. Delegasi IKMAS turut disertai oleh YBhg. Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, Timbalan Pengarah IKMAS.
 
Pertemuan ini membincangkan potensi kerjasama dalam bidang latihan, penyelidikan, pembangunan kompetensi dan perkongsian kepakaran bagi memperkasa pembangunan kepimpinan serta pemikiran Islam. Kedua-dua institusi turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh jaringan strategik demi pembangunan ekosistem Hal Ehwal Islam di Malaysia.