WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 16 Julai 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) JAKIM Kampus Utama Bangi, Selangor melalui Seksyen Akidah dan Pemikiran Islam, Program Teras ILIM telah berjaya melaksanakan Kursus Smart Learning Kitab Turath: Upskill Insight Competency yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 14 sehingga 16 Julai 2026.
 
Kursus ini adalah bermatlamat untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai pendekatan dalam pembelajaran kitab turath sebagai medium pembangunan kompetensi diri dan organisasi. Seramai 52 orang Pegawai Hal Ehwal Islam pelbagai gred dari JAKIM, JAIN, MAIN, KAGAT, Jabatan Mufti dan lain lain skim telah menyertai kursus ini.
 
Kursus ini turut menekankan nilai-nilai teras yang terkandung dalam Kitab Bidayatul Hidayah karya Imam al-Ghazali sebagai panduan pembentukan sahsiah rabbani dan profesionalisme penjawat awam
 
Seramai tiga orang penceramah yang pakar dalam bidang turath dan tasawuf telah dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman masing-masing. Mereka adalah Dr. Wan Fazrul Azdi bin Wan Razali (USIM), Ustaz Mohammad Aizuddin bin Abd. Aziz (USIM) dan Ustaz Muhammad Farid Wajdi bin Ab Rahim (USIM).
 
Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah Program Teras ILIM yang mewakili Pengarah Kanan ILIM.